BLOG GURU BESAR SKPA (2)

Temuramah bersama wartawan Majalah ASUH

Wartawan Majalah ASUH dan juru fotonya telah datang ke SKPA2 untuk mengambil gambar serta info sekolah hasil makluman pada laman web dan FB SKPA2. Itulah baiknya kalau ada FB dan web ramai orang tahu dan kenal … tunggu terbitan majalah mengenai kita tak lama lagi. Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat pada sesi press conference dan temu ramah tengahari 1/3/2011.

Lagi berita bergambar, klik di sini http://www.facebook.com/album.php?aid=49450&id=100000721720848

Mesyuarat Agung PIBG SKPA(2) Kali ke 7/2011

Mesyuarat AGung PIBG SKPA(2) 2011

Khusus kepada PK KoKurikulum dan pemimpin pengakap SKPA2:

Kursus Kepimpinan Manikayu (Penerangan )
===============

Tarikh: 23 Februari 2011
Jam: 8.00pg – 4.30 petang
Tempat: PPD Lama K. Selangor
Bayaran : RM10 dan Buku Skima Latihan RM 6
Pakaian: Bebas
Penutup / Penyampaian sijil oleh: Ybhg Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Selangor, Tn Hj Ishak Jonid
Peserta: Pengetua dan Guru Besar ( kuasa penganjur ), PK KoKurikulum, Pemimpin sekolah, Guru pengakap, guru, AJK pengakap sekolah ( bukan guru ). Terbuka kepada yang berminat mengenali dan memahami pergerakan pengakap secara total dan lebih dekat.

Datang beramai-ramai. Jangan Tak Datang !!!!!!!!

Ikhlas dari Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Selangor

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2011

1. SURAU AL FURQAN FASA 2 mengadakan majlis bersama 500 pensyarah/pelajar UiTM dengan acara sepanjang hari Sabtu 19 Februari 2011:
a). Perarakan berselawat
b). Gerai jualan
c). Pemeriksaan mata percuma
d). Persembahan kompang SKPA2
e). Forum Perdana Ehwal Islam ( malam )

2. PANITIA AGAMA ISLAM DAN PANITIA PENDIDIKAN MORAL SKPA2 mengadakan majlis pada Selasa 1 MAC 2011( sessi pagi dan sessi petang ):
a). Perarakan murid mengikut rumah sukan
b). Ceramah
c). Peraduan melukis dan mewarna ( Non-muslim )
d). Program Membaca NILAM
e). Jamuan
f). Penyampaian Hadiah, sijil dan cenderamata

ICTL Year 5 Briefing

Perkembangan Staf ( Briefing on Year 5 ICTL Model ) oleh Sir Faizol Junid dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris SKPA2. Syabas dan Tahniah atas usaha dan kejayaan. Harapan lebih baik perjalanan program ICTL dari tahun lalu…

Anggota Perkhidmatan Awam hendaklah menghindarkan diri daripada member dan meminta ‘suapan’. (Bahagian 2)

BENTUK SUAPAN

Sebagaimana luasnya lautan dan muka bumi, begitulah juga ibaratnya bidang dan banyaknya bentuk yang boleh diambilkira sebagai suapan. Di bawah ini ada disenaraikan banyak jenis elemen dan benda yang sering dan pernah digunakan sebagai sogokan antaranya;

[Read the rest of this entry...]

Anggota Perkhidmatan Awam hendaklah menghindarkan diri daripada member dan meminta ‘suapan’. (Bahagian 1)

Bahagian 1

PENGENALAN

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan undang-undang kepada kesalahan memberi dan menerima suapan atau juga dinamakan rasuah terutama yang melibatkan perkara dalam urusan yang membabitkan wang dan peruntukkan kerajaan pusat. Oleh yang demikian, masyarakat memandang hina kepada si pelaku yang memberi dan penerima suapan atas sebab melibatkan wang rakyat, hilang sifat amanah, tidak jujur dan merosakkan agama, bangsa dan negara. Melihat dari sudut nilai murni juga ianya adalah satu perbuatan yang buruk dan terkutuk.

[Read the rest of this entry...]

Tahun 2011, Budaya Kerja Baru SKPA(2)

Tahun 2011 merupakan tahun baru kepada budaya kerja skpa2. Visi dan misi baru menggambarkan akan berlaku beberapa perubahan yang signifikan dalam pengurusan yang paling bawah ke peringkat paling atas sekolah. Mohon semua warga sekolah memahami maksud dan tujuan perancangan sekolah ini serta sama-sama menjayakan. [Read the rest of this entry...]

Program Bersama Mahasiswa UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana

1.PROGRAM STUDENT UiTM PUNCAK ALAM : Kempen basuh tangan anjuran pelajar kursus nursing akan diadakan di SKPA2 pada 10 februari 2011 melibatkan semua murid Tahap 2 dan 30 pelajar UiTM. dalam kelas sebelum rehat, T4 dan T5…. selepas rehat T6. kerjasama guru dipohon untuk beri laluan 30 minit kempen mereka. Urusan oleh Puan Niltiyanis dan Unit Kesihatan HEM. Kerjasama syarikat antabax akan membuka booth pertanyaan/jualan. jam 12.00 tgh majlis penutup di bilik mesyuarat.

2. PROGRAM STUDENT UiTM PUNCAK PERDANA: Program Heart Readers anjuran 26 org pelajar kursus pengurusan maklumat akan diadakan selepas semester break ( 23 Mac 2011 ) nanti dalam & sekitar Pusat Sumber sekolah. pertandingan untuk 100 murid sahaja akan diurus oleh Puan Imtisal dengan kerjasama guru kelas yang terlibat. akan diadakan pameran pengurusan maklumat. jam 12.30 tgh majlis penutup dan penyampaian hadiah di dewan terbuka/ ruai.

Rancangan mengantarabangsakan SK Puncak Alam ( 2 )

Rancangan mengantarabangsakan SK Puncak Alam ( 2 ) dah bermula dengan memulakan hubungan antara sekolah peringkat antara negara dengan Sekolah Dasar KARTIKA 2 ( Swasta ) di Kota Padang, Indonesia. [Read the rest of this entry...]