BLOG GURU BESAR SKPA (2)

PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM MENANGANI RABUN / MATA ROSAK Oleh: Berita Watch
Buta tennas

Pakar sains British berharap untuk membangunkan mata bionik ini kedua-dua visual Kurang upaya. Cip sensor cahaya di belakang mata diletakkan dalam 1500 dua tahun kemudiannya mula menggunakan sistem ini. Pakar-pakar “Kaedah ini akan membantu penduduk penglihatan,” jelas

Institusi pendidikan yang paling dihormati di dunia di Hospital Mata Universiti di Oxford adalah satu langkah besar untuk cacat penglihatan. Saintis yang bekerja di dalam cip dengan 1500 sensor cahaya dan imej dengan menukar isyarat elektrik ke otak mengumumkan bahawa kejayaan pemindahan sistem.

10 tahun kemudian, dia melihat

Berkuat kuasa enam minggu lalu, Chris James dan Robin Millar cacat penglihatan, untuk mengesan objek dan mula merasakan cahaya. James kehilangan penglihatannya 10 tahun yang lalu kerana serangan jantung, doktor berkata selepas pembedahan memakai mata bionik “butang tekanan sistem kerja doktor setiap tempat itu dipenuhi dengan cahaya. Saya merasa seperti yang anda cari cahaya mentol yang bersinar, “katanya. James akhirnya berkembang biasa dengan keadaan ini mula melihat objek yang dicatatkan dalam menyuarakan. James, seperti rabun malam (RP) yang menderita dari penyakit dan Robin Millar, yang hilang penglihatan selepas pembedahan bermula dengan mata bionik. Selepas pembedahan 10 jam, 2 Inggeris yang berjaya untuk melihat melalui mata yang terletak di belakang cip dan kemudian direkodkan dalam kajian yang sama dilakukan di Jerman dan China.

Oleh: Berita Watch

Artikel diterjemahkan terus dari Bahasa Turki ke Bahasa Malaysia sebagai satu contoh hasil penterjemahan…

UCAPAN PERASMIAN NILAM SK PUNCAK ALAM (2)
Oleh: Cik Grace Anak Dingin (Pegawai Penyelaras, Perpustakaan Jalur Lebar Bandar Puncak Alam)

Terima kasih kepada pengacara majlis.

Yang dihormati guru-guru, barisan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Salam sejahtera dan Salam 1 malaysia. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar dan pihak pentadbir sekolah yang telah sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seperti yang sedia maklum, kempen galakan bulan membaca telah dimulakan sejak tahun 1972. Kemuncak kepada kempen tersebut ialah pengisytiharan tahun 1988 sebagai tahun membaca. Pada setiap tahun pula diadakan kempen bulan membaca iaitu pada bulan Julai.

Dibawah peruntukan belanjawan 2006, perpustakaan negara Malaysia telah diberikan kepercayaan oleh KEKKWA untuk mewujudkan perpustakaan-perpustakaan desa. Tujuannya ialah untuk mendekatkan penduduk sekitar khususnya penduduk luar bandar dengan pelbagai maklumat. Maka wujudlah sebuah perpustakaan desa di Bandar Puncak Alam ini.

hadirin yang dihormati sekalian,

Sesungguhnya buku adalah kunci kepada kebijaksanaan.

Buku adalah pintu dunia keseronokan

Buku adalah jalan menuju kejayaan

Buku adalah sahabat, Ayuh!! Mari membaca dan terus membaca

Mambaca, belajar, menuntut dan berguru sepatutnya tak pernah terhenti sehingga nyawa kita terhenti

Membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca adalah asas kepada kecemerlangan seseorang. Tabiat membaca perlu disemai dalam diri setiap insan dibangku sekolah lagi. Ada pepatah melayu yang mengatakan bahawa membaca itu adalah jambatan ilmu. Ini bermakna membaca merupakan salah satu cara untuk mendapatkan ilmu. Dengan membaca juga fikiran kita akan lebih luas dan terbuka. Nescaya, melalui program ini, ia dapat melahirkan insan yang cintakan buku sekaligus suka membaca, seterusnya melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dan luas.

Murid-murid SKPA2 yang dikasihi sekalian,

Dikesempatan ini, saya juga ingin menasihatkan semua murid SKPA2 afar mengutamakan pelajaran di sekolah. Hanya dengan memiliki pengetahuan dan kelulusan yang tinggi sahaja yang dapat menjamin kehidupan kita pada masa hadapan. Sesungguhnya “Pengetahuan itu Kuasa”. (Knowledge is Power). Pengetahuan dapat mengubah taraf hidup sesebuah keluarga, dapat memenuhi apa yang kita cita-citakan, membezakan yang baik dan buruk.

Sebelum mengundurkan diri, saya selaku wakil perpustakaan desa Bandar puncak amat mengalu-alukan kunjungan tuan/puan dan adik-adik sekalian ke perpustakaan desa Bandar Puncak Alam yang terletak di lorong Mahkota Impian 2/17, fasa 1D

Akhir kata, saya ingin membacakan 2 buah sajak:

Puteri Bongsu cantik terperi

Minum air tampak berkaca

Demi jaya ilmu dicari

Nadi ilmu amalan membaca

Cincin suasa tersemat di tangan

Hiasan tersohor Dato’ bahaman

Ilmu dijulang demi kejayaan

Amalan membca gaya wawasan

Dengan mandat yang telah diberikan kepada saya, saya merasmikan Majlis Buku Nilam Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2

Sekian, Terima Kasih

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI ( SPSK )
LATAR BELAKANG

SPSK adalah singkatan bagi Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti. Tumpuan utama dalam SPSK adalah pemantapan dari segi pengurusan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah seluruh negeri Selangor. SPSK didokumenkan berdasarkan kepada prosedur kualiti MS ISO9001:2008 dengan matlamat menyediakan semua sekolah di negeri Selangor ke arah sekolah bertaraf dunia.

OBJEKTIF

1. Melaksanakan 100 % pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.

2. Memastikan pencapaian murid setiap sekolah di negeri Selangor mencapai 65 % lulus keseluruhan atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan awam.

3. Memastikan 100 % murid sekolah di negeri Selangor mendapat perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan pihak sekolah

4. Melaksanakan Prosedur Pengurusan Kewangan tanpa teguran audit sekolah

MATLAMAT

1. Memantapkan kecemerlangan sekolah agar memperoleh Tawaran Baru ( Bai’ah ) setiap tahun.

2. Menyediakan sekolah ke arah Sekolah Kluster Kecenerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang Tahun 2014.

3. Sifar sekolah yang berada di Band 5, 6 dan 7  menjelang 2014 di Selangor kecuali sekolah yang baru dibuka

4. Sifar sekolah di negeri Selangor mendapat Audit Berteguran menjelang tahun 2014

5. Memastikan semua sekolah di negeri Selangor mngamalkan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti Berasaskan MS ISO 9000 menjelang Tahun 2015

PROSEDUR KUALITI ( PK ) SPSK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

PK01   :  Pengurusan Panitia

PK02   :  Pengurusan Jadual Waktu

PK03   :  Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran

PK04   :  Pengurusan Pencerapan

PK05   :  Pengurusan Peperiksaan

PK06   :  Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid

PK07   :  Pengurusan Mesyuarat

PK08   :  Pengurusan Bimbingan

PK09   :  Pengurusan Pusat Sumber

PK10   :  Pengurusan Perkembangan Staf

PK11   :  Pengurusan Aduan Pelanggan

PK12   :  Pengurusan Maklum Balas Pelanggan

PK13   :  Pengurusan Kawalan Dokumen dan Rekod Kualiti

PK14   :  Pengurusan Audit Dalam

PK15   :  Pengurusan Kawalan Perkhidmatan yang Tidak Akur

PK16   :  Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan

PK17   :  Pengurusan Perolehan

STATUS PELAKSANAAN

Jumlah sekolah yang telah melaksanakan SPSK adalah 76 buah sekolah ( 2010 & 2011 )

2010 : 41 buah sekolah berprestasi tinggi

2011 : 35 sekolah berprestasi sederhana

2012 : Semua sekolah di negeri Selangor melaksanakan SPSK

DEFINISI PENGURUSAN BERKUALITI

Pengurusan : Satu proses sosial yang melibatkan aktiviti seperti merancang, mengelola, melaksana ( memimpin ) dan mengawal pelaksanaan program-program atau tindakan bagi mencapai matlamatyang telah ditetapkan

Berkualiti : Perkhidmatan ( output ) memenuhi kehendakpelanggan dan stakeholder

CIRI-CIRI PENGURUSAN BERKUALITI

1. Penambahbaikan berterusan

2. Penekanan yang lebih kepada peranan pengurusan atasan

3. Mengambil kira keperluan undang-undang dan peraturan

4. Objektif yang boleh diukurpada setiap peringkat dan fungsi yang berkaitan

5. Memastikan keberkesanan latihan

6. Analisis data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan sistem kualiti

7. Maklumat kepuasan atau ketidakpuasan pencapaian sebagai pengukuran pencapaian pelaksanaan objektif kualiti

KELEBIHAN PENGURUSAN BERKUALITI

1. Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah perkara yang berkenaan berlaku

2. Kajian Semula yang berterusan ke atas proses – proses yang kritikal dan membuat tindakan pembetulan

3. Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati ” prinsip betul pertama kali dan setiap kali ”

4. Pelaksanaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumentasikan, ……………. dan

5. Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang telah dilaksanakan

Sektor Jaminan Kualiti,

Jabatan Pelajaran Selangor

PETUNJUK PRESTASI UTAMA PENGARAH PELAJARAN SELANGOR DAN SASARAN TAHUN 2012
1. Penurunan Peratus Kes Pelajar Ponteng Sekolah Bagi Semua Jenis Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah ( 0.02 % ).

2. Pencapaian Pelajar Dalam peperiksaan Berdasarkan Gred Purata Negeri ( GPN ) UPSR ( 2.20 ), PMR ( 2.54 ) dan SPM ( 4.82 )

3. Penurunan Jurang Perbezaan Gred Purata Negeri Pelajar Bandar dan Luar Bandar UPSR ( 0.14 ), PMR ( 0.27 ) dan SPM ( 0.34 )

4. Peningkatan Peratus Murid Tahap Satu Menguasai Kemahiran Literasi dan Numerasi mengikut:

Tahun 1   : Literasi 90 % , Numerasi 90 %

Tahun 2   : Literasi 95 % , Numerasi 95 %

Tahun 3   : Literasi 100 %, Numerasi 100 %

5. Peningkatan Peratus Enrolmen Prasekolah Bagi Murid-Murid Prasekolah Yang Mendaftar dan Mengikut Kelas Prasekolah di Sekolah-Sekolah Kerajaan ( 5 % )

6. Peningkatan Peratus Pencapaian Kemenangan Dalam Pertandingan Sukan MSSM ( 70.8 % ) dan Kokurikulum ( 62.4 % ) di Peringkat Kebangsaan

7. Pengurangan Peratus Sekolah Dalam Band 5, Band 6 dan Band 7 ( 25 % ): dan Peningkatan Peratus Sekolah Dalam band 1 dan band 2 ( 10 % ) Berbanding Tahun 2011

PENGANTARABANGSAAN SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 2
KUMPULAN TARIAN MASYHUR BUDAYA

PENYELARAS: CIKGU ZUREDAH BT ALI

AHLI: 25 ORANG MURID TAHUN 3 HINGGA TAHUN 6

AKTIVITI TAHUN 2012

FEBRUARI

1. MENYERTAI PERTANDINGAN TARIAN ANJURAN UNIVERSITI MALAYA – JOHAN. TAHNIAH KEPADA CIKGU ZUREDAH DAN GURU PENGIRING LAIN, KONOGRAFI EN FARISH MARLIAS, IBUBAPA DAN SEMUA PELAJAR YANG TELAH MEMBERI KERJASAMA DALAM LATIHAN SERTA BERJAYA MENJADI JOHAN  TERBUKA JEMPUTAN SELURUH NEGARA.

MAC

1. PERSEMBAHAN SEMPENA MALAM ANAK JOHOR TETAMU VVIP DYMM SERI SULTAN JOHOR DI PWTC, KUALA LUMPUR. TAHNIAH SEMUA PIHAK YANG TELAH MEREALISASIKAN ACARA INI UNTUK MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS BERSAMA PADUKA SULTAN JOHOR DAN ANAK-ANAK JOHOR.

Persembahan itu telah disiarkan secara live di TV 1 dan TV 3 semasa BERITA 1 DAN BULLETIN UTAMA.. Syabas dan Tahniah.

APRIL

1. PERSEMBAHAN MAJLIS DIRAJA SEMPENA PERTABALAN DYMM SPB YANG DIPERTUAN AGUNG DI PWTC, KUALA LUMPUR PADA 15.4.2012 NANTI. lATIHAN DAN REHERSAL BERMULA 11.4.2012 MENGINAP DI HOTEL MANDARIN, KL HINGGA KE HARI JADINYA.

KIRIMAN SMS DARI CGU EDA: Salam.cgu ada good news kta d pilih utk buat show diraja sempena mjlis prtabalan dymm agong pd 15.april depan hari ahad. 11 april jam 2 petang kami kena chek in d mandarin hotel utk sesi lthn pusat brgabung dgn sk teluk pulai. murid kita 6 org cg 2 org. tq roger n out.

Saya sungguh gembira, kerana sk puncak alam 2 telah berjaya ke tahap ini. Do the best

JUN

1. PERSEMBAHAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KUALA SELANGOR DI STADIUM TERTUTUP KUALA SELANGOR. TARIKH PADA 13.6.2012 JAM 14.00 PM. REHERSAL SEHARI SEBELUM DAN PAGINYA

Guru Besar SK Puncak Alam (2 ) menjadi pengerusi persembahan untuk majlis tersebut… Cgu Eda, sila siapkan lagu yg indah, costume yang menarik dan penari yg paling baik untuk persembahan hari tu….

2. Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Selangor telah bersetuju memberikan peluang Masyhur Budaya SKPA2 keluar negara buat kali ke-3 selepas International Children Festival Turkey ( 8hb April – 14 April 2010 ) dan Jamboree Budaya Serumpun Malaysia Indonesia, Pagar ruyung, Padang, Sumatera Barat, Indonesia ( 6 Jun hingga 12 Jun 2010 ) mewakili Pengakap Selangor dan malaysia dan kini ditawarkan pula ke POLAND, Eropah sempena Festival Kesenian di Negara itu Peringkat Antarabangsa ( 28 Jun hingga 4 Julai 2012 ).

Syabas berjaya lagi keluar negara dan tahniah untuk semua warga SKPA2…Teruskan kegemilanganmu

Penggunaan ICT dalam P&P
Kemajuan dalam ICT pada masa kini terlalu pantas. Lantas, dalam pendidikan khususnya dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah perlulah seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi.

MAKSUD PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara  terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan  keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru  dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan  belajar tentang ICT.

MANFAAT ICT DALAM PEMBELAJARAN

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:

• berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran

• memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan

• meningkatkan motivasi murid

• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )

• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi

• membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu

mahal untuk dikumpul

• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar

• membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,

mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa

• meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid

• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima

• meningkatkan kemahiran ICT

SYARAT UNTUK MEMANFAAT ICT DALAM P&P

Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian :

• Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau

sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum

• Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk

menyokong sesuatu pendekatan P&P

• Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai

Kefahaman konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan mod.

Mod atau pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam  P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru – guru  mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan  lebih terancang. Konsep penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori  sebagai :

a) Tutorial

b) Aplikasi

c) Penerokaan ( Eksploratori )

d) Komunikasi

Temuramah bersama wartawan Majalah ASUH
Wartawan Majalah ASUH dan juru fotonya telah datang ke SKPA2 untuk mengambil gambar serta info sekolah hasil makluman pada laman web dan FB SKPA2. Itulah baiknya kalau ada FB dan web ramai orang tahu dan kenal … tunggu terbitan majalah mengenai kita tak lama lagi. Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat pada sesi press conference dan temu ramah tengahari 1/3/2011.

Lagi berita bergambar, klik di sini http://www.facebook.com/album.php?aid=49450&id=100000721720848

Mesyuarat Agung PIBG SKPA(2) Kali ke 7/2011

Khusus kepada PK KoKurikulum dan pemimpin pengakap SKPA2:
Kursus Kepimpinan Manikayu (Penerangan )

Tarikh:  23 Februari 2011

Jam: 8.00pg – 4.30 petang

Tempat: PPD Lama K.  Selangor

Bayaran : RM10 dan Buku Skima Latihan RM 6

Pakaian: Bebas

Penutup  / Penyampaian sijil oleh: Ybhg Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

Selangor, Tn Hj  Ishak Jonid

Peserta: Pengetua dan Guru Besar ( kuasa penganjur ), PK  KoKurikulum, Pemimpin sekolah, Guru pengakap, guru, AJK pengakap  sekolah ( bukan guru ). Terbuka kepada yang berminat mengenali dan  memahami pergerakan pengakap secara total dan lebih dekat.

Datang  beramai-ramai. Jangan Tak Datang !!!!!!!!

Ikhlas dari Pesuruhjaya  Pengakap Daerah Kuala Selangor

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2011
1. SURAU AL FURQAN FASA 2  mengadakan majlis bersama 500 pensyarah/pelajar UiTM dengan acara  sepanjang hari Sabtu 19 Februari 2011:

a). Perarakan berselawat

b). Gerai jualan

c). Pemeriksaan mata percuma

d).  Persembahan kompang SKPA2

e). Forum Perdana Ehwal Islam ( malam )

2.  PANITIA AGAMA ISLAM DAN PANITIA PENDIDIKAN MORAL SKPA2 mengadakan  majlis pada Selasa 1 MAC 2011( sessi pagi dan sessi petang ):

a). Perarakan murid mengikut rumah sukan

b). Ceramah

c).  Peraduan melukis dan mewarna ( Non-muslim )

d). Program Membaca  NILAM

e). Jamuan

f).  Penyampaian Hadiah, sijil dan  cenderamata